Pages

Sunday 13 April 2014

Tart Gulung si buah hati

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni Cik Ngah nak kongsi satu cerita pasal salah satu kuih raya yang cik ngah sukaaaaa sangat!

Dulu, masa kecik-kecik, Cik Ngah tak suka kuih ni....sebab Cik Ngah tak suka makan jem dan kuih ni rasa tepung kot??? Hahahha... 

Cik Ngah lagi suka makan mazola sebab rasa kacang dan itu adalah kuih yang mak Cik Ngah suka buat.

Kuih yang Cik Ngah suka ni, kuih Tat Gulung Nenas. Tat gulung yang lain, Cik Ngah tak berapa sangat.



Ni biskut yang Cik Ngah buat sempena cuti Hari Deepavali baru-baru ni

Cik Ngah mula jatuh chenta ngan tat gulung ni masa cik ngah masih belajar di u di tahun kedua. Kebetulan masa tu nak raya haji. Cik Ngah ni tumpanglah sorang kawan nak balik kampung. 

Dari kampus, kami singgah kejap kat rumah mak sedara kawan cik ngah ni. Sempatlah dijamu makan Tat Gulung dan Almond London hasil tangan mak sedara kawan sambil sembang-sembang. Masa ni lah kali pertama Cik Ngah makan kuih tat ni. rasanya...ya ampunnnn...sedap sungguh! Terus Cik Ngah beli sebalang (masa tu student, fikir untuk diri sendiri je...bukan nak beli untuk jamu orang..haha).

Bila balik rumah, mak pun takut nak sentuh kuih tu lebih-lebih sebab nampak sangat Cik Ngah suka sangat nak makan. (hahaha...teruk kan?) dah habis sebalang tu, Cik Ngah siap order kat kawan Cik Ngah tu, nanti tolong bawak lagi sebalang bila balik kolej nanti.



Ini stok untuk dibawa ke rumah sewa

 Masa final year, tetiba Cik Ngah teringin nak buat sendiri tat gulung ni. Jadi, Cik Ngah tanyakan kat seorang lagi member baik Cik Ngah kalau-kalau dia ada resepi tat gulung yang senang dan konfem jadi kalau dibuat. kawan Cik Ngah pun suruh cik ngah buka satu website ni. Katanya, kakak-kakak dia semua ikut resepi ni.

cik ngah pun bersemangatlah nak membuatnya. balik cuti, terus beli bahan-bahan. Alhamdulillah, percubaan pertama cik ngah berjaya. Puas sungguh dapat buat sendiri. Cik Ngah pun sempatlah simpan sebalang untuk dibawa balik ke kampus. Cik Ngah makan sekali sebiji je selepas makan tengahari/malam...dah macam makan ubat pulak. Hahaha...sekali, kawan baik Cik Ngah yang seorang lagi (bukan yang bagi resepi) datang bili Cik Ngah dan makan tat gulung tu macam makan biskut cap Ping Pong kekdahnya...

Sebalang memang tak cukup la...huhu

Bila Cik Ngah dah mula kerja, Cik Ngah order je kuih ni dari teman sekerja sebab Cik Ngah dah malas sangat nak menunggu depan oven tu. Lagipun bagi Cik Ngah, bila nak buat biskut atau kek, mental dan jiwa kita kena dalam keadaan sedia dan 100% nak buat. Kalau tak, memang tak jadi la biskut/kek dalam rupa dan rasa yang kita harapkan.

Apa-apapun, pada sesiapa yang mahu mencuba resepi tat gulung yang dah dekat sepuluh tahun Cik Ngah guna, ini Cik Ngah kongsikan untuk kawan-kawan pembaca. Cuba tau!

Tat Gulung Nenas
Sumber :  Hanieliza

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepung gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara. 

# kalau adunan sedikit lembut, boleh tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang cantik bila dipaip.

1 comment:

  1. MEXICAN CITY CASINO DOWNSWING - Mapyro
    MEXICAN CITY CASINO DOWNSWING. 1019 W. 2nd St, Las Vegas, 부산광역 출장마사지 NV 89109. Directions 아산 출장안마 · (702) 651-6000. Call 논산 출장샵 Now · More Info. Hours, Accepts Credit Cards, Phone,  Rating: 3.3 · ‎6,491 통영 출장샵 reviews · ‎Price range: $ 화성 출장안마

    ReplyDelete