Pages

Sunday 13 April 2014

Laksa Kedah...Cara Paling Mudah!

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ni Cik Ngah nak share satu resepi yang memang dari Cik Ngah kenal makanan, Cik Ngah dah jatuh chenta...iaitu Laksa Kedah.

Dulu, mak Cik Ngah akan buat dua jenis kuah. Satu yang ada cili-warna merah, satu yang original kuah - warna kelabu. Pilihan Cik Ngah? Mestilah yang ori! Hehehe...Cik Ngah tak makan pedas...sekarang je baru belajar makan pedas sikit-sikit.


Ni adalah bahan-bahan untuk buat kuah laksa... Belacan, serbuk lada dan bawang di blend.
Kalau dulu, mak Cik Ngah yang akan masakkan laksa kalau anak-anak mintak. Tapi sejak Cik Ngah dah boleh diharap untuk masak laksa, memang Cik Ngah la yang akan menjadi 'bibik' kalau nak masak.

Tapi dalam rumah Cik Ngah, Cik Ngah je yang jadi 'hantoo laksa' ni. Mak, ayah dan adik beradik lain takdelah beria sangat. Kalau Cik Ngah, boleh kata sekurang-kurangnya seminggu sekali mesti nak makan Laksa Kedah ni. Tak kisahla buat atau beli.

First time guna jenama Eka pesen ni...rendam dulu, lagi baik kalau semalaman. Lepas tu baru rebus, senang nak empuk

Dulu, kat rumah Cik Ngah, laksa cuma dimasak waktu raya je. Mungkin sebab kerjanya renyah sikit. Nak rebus laksa, nak rebus ikan, nak rebus cili kering dan nak perisi ikan. Memang bukan kerja mudahlah. Cik Ngah dulu pun kuatkan semangat je sebab dah suka sangat makan laksa ni. 

Tapi bila dah dua tiga kali buat, Cik Ngah rasa takdelah susah sangat nak buat semua tu.Cuma bab nak merebus laksa tu Cik Ngah memang tak suka. Mujur mak Cik Ngah selalu tolong bila sampai bab tu. Hehe...
Telur tunggu nak kupas kulit...sekali makan kena belah dua baru best!

Selalunya, untuk jimatkkan masa, Cik Ngah akan rebus telur sekali dengan laksa. Lebih kurang macam sambil menyelam, minum air lah. Tapi jangan sampai laksa masak baru nak angkat telur-telur tu, nanti pecah kulit telur tu.


Masukkan bahan-bahan yang dah diblend, bunga kantan, daun kesum dan asam keping sekaligus


Saja Cik Ngah cuba blend cili padi dan tambah kicap sebab ada sesetengah orang di utara ni makan laksa dengan kicap


Laksa Kedah ala Cik Ngah
Sumber : Pusaka Turun Temurun

Bahan A

3 paket laksa beras 

Laksa direbus sampai empuk. Selalunya, Cik Ngah akan rendam laksa malam sebelum nak masak laksa. Bila dah rendam semalaman, laksa yang direbus cepat sedikit untuk direbus.

Bahan B

1-1.5 kg ikan kembung/sardin (kalau nak pekat lagi, boleh campur sekor ikan tongkol saiz sederhana)

Rebus dan diasingkan isi dengan tulang. Kisar isi ikan dan ketepikan. Kisar tulang-tulang ikan dan tapis untuk ambil air sahaja. Tapis tulang ikan sehingga tiada isi ikan di tulang-tulang. Air tulang ikan ini satukan dengan isi ikan yang telah dikisar.

Bahan C
3-4 labu bawang besar
4 sudu serbuk cili (boleh ganti dengan dua genggam cili kering)
1 inci belacan

Kisar sehingga menjadi pes.

Bahan D

Bunga Kantan
Asam Keping
Daun Kesum

Bahan-bahan ni adalah fleksibel. Lagi banyak letak, lagi wangi la kuah laksa korang. 

Cara-caranya:

Satukan bahan B, C dan D dalam satu periuk. Masak atas dapur hingga mendidih. Masukkan garam dan perasa secukupnya mengikut selera.
Antara rencah yang selalu Cik Ngah guna untuk laksa

Ni laksa simple yang Cik Ngah buat masa malam...info dari antoo laksa: laksa  TAK best kalau buat waktu malam...
Laksa buat waktu siang. Sluuurrpppppp....sedap!
Selamat Mencuba!

1 comment:

  1. Eka lalsa beras ni elok tak kejadiN nya lepas direbus. Saya pun beli ni tadi
    First time nak try.

    ReplyDelete