MIMPI
Dalam penat menghadapi hari-hari yang penuh dengan ulangkaji dan final exam ni, aku rasa lelah.
bukan lelah yang sakit semput tu...
tapi lelah sebab terkejar-kejar
aku rasa performance aku tak macam dulu dah
dulu scorer...sekarang average je...kadang2 dah nak masuk corot
memalukan...
Tidur. Ubat paling mujarab. Asalkan jangan keterlaluan. (^_^)
Pagi tu, lepas Subuh aku tidur balik...
Tetiba je aku bermimpi pasal seseorang.
Seseorang yang pernah menarik perhatian aku.
Dia datang ke rumah mak ayah...bukan nak meminang okay!
hehehe..
Dia datang mengenalkan diri dengan adik beradik aku.
Tapi takde plak scene dia jumpa mak ayah.
Makan-makan sekali. Bergaul mesra. Bergaul mesra dengan adik beradik aku...bukan dengan aku ye...
Sampai aku pun tertanya-tanya, apa sebab dia datang secara tiba-tiba.
Belum sempat dia jawab, handphone aku berbunyi. Mesej masuk.
Terus mati mimpi aku.
Bukak mesej. Soalan spot untuk paper petang sat g.
entah kenapa aku yakin, spot ni boleh dipercayai. mungkin sebab spot ni keluar pada hari exam tu. ada la tu hamba ALLAH yang bocor rahsia...
aku nak tidur balik. Mana tahu dapat sambung mimpi tadi.
tak dapat nak tidur dah...aku bangun dan siap2 untuk masak BRUNCH aku...tomyam + nasi goreng
Petang tu, memang sebijik-sebijik soalan spot keluar.
Alhamdulillah, dapat jawab dengan tenang.
KAD KAHWIN
Hari ni balik rumah mak ayah.
Mak bagitahu ada kad kahwin. Dari *daerah*.
" Ntah-ntah dot dot dot punya tak? sebab mai dari sana," mak teka.
aku takdela rasa terkejut sangat. tapi kalau betul dia nak kawen, aku terimalah dengan redha. Nak buat macam mana? dah jodoh dia dengan orang lain kan?
tapi setahu aku, aku cuma menunggu satu kad je dari kenalan universiti aku.
aku masuk bilik. tengok sampul surat kad kahwin tu.
Confirm. Bukan dia. Teman U aku punya. (^_*)
Aku mengharap pada dia ke?
Entahlah.
No comments:
Post a Comment