Agak melampau jugak ye aku ni...
dah masuk minggu ke-3 tahun baru, baru aku nak tulis pasal azam
hahahahha
memang sangat melampaui batasannya...
aku bukan apa, tetibe teringat sesuatu
rasanya sejak aku dah bekerja ni, aku dah jarang renew azam aku...jarang? actually, tak pernah pon
kenapa?
sebab aku rasa, azam aku tiap-tiap tahun, benda yang sama je (sungguh tak berkembang kan aku ni?)
meh kita tengok cket, apa azam aku tu ye;
1) Nak jadi hamba ALLAH yang taat pada perintahNya dan sedaya upaya menjauhi laranganNya
( yang ini tak pernah tercapai...aku masih culas dalam solat, ada jugak buat 'dosa-dosa' yang runcit2)
2) Jadi anak yang soleh dan tak melawan cakap mak ayah
(yang ni pon masih tak sempurna. aku masih anak yg rebelious pada sesetengah perkara yang menghalang kemahuan aku...dear, sister n brother, jangan contohi aku sbb aku pun benci diri aku bila aku melawan cakap mak ayah aku)
3) Nak kerja yang berkualiti
(kekadang aku rasa, aku dah peruntukkan seluruh jiwa raga aku pada tugas dan tanggungjawab aku sebagai pekerja, sekarang sebagai pelajar. tapi aku masih membuang masa pada benda yang tak penting. suka buat kerja last minute)
4) Nak berjalan-jalan tengok negeri orang
(yang ni memang minat aku nombor 1. setiap tahun, aku akan pastikan, dengan izin ALLAH, aku dapat berjalan melihat negeri orang. yang peliknya, aku lebih suka bercuti dalam negara je. aku tak minatlah nak ke luar negara. untuk masa ni. masa depan aku tak tahu la. selalunya aku akan bercuti ke tempat-tempat bersejarah yang aku belajar semasa sekolah dulu. rasa macam puas hati sangat kalau dapat tengok tempat-tempat tu dengan mata kepala sendiri. sekarang ni aku cuma tak pernah sampai Kota A Famosa tu je)
5) Nak kurus
(sapa tak nak kurus, beb? mak aku dah bising badan aku makin naik tahun ke tahun. umur muda tp muka dah nampak tua. oh, takkan sampai macam tu kot? tapi azam ni xdela kuat mana pon sebab aku ni pesen yang susah nak kurus jugak. dah la selera makan boleh tahan. walaupun aku tak makan dalam kuantiti yang banyak, tapi pilihan menu aku tu banyak yang berkolesterol tinggi. aku tak makan sangat benda berminyak, tp lebih suka makanan dalam bentuk tenusu, gula, air karbonat, daging)
so, inilah azam aku tiap-tiap tahun. tak pernah ada yang berubah pun. dulu masa belajar, aku suka jugak berazam untuk dapat keputusan yang cemerlang. tapi sekarang, mungkin sebab aku rasa semuanya aku dah ada, walaupun bukan dalam bentuk yang sangat mewah, tapi sekurang2nya keperluan aku sudah mencukupi. cuma hidup aku masih tak lengkap sebab masih belum ada pasangannya. mana dia eh? cepat-cepatlah datang cari aku. =p
No comments:
Post a Comment