Pages

Friday, 1 November 2013

Kuih Lompang...Paling Simple!

Assalamualaikum

Hari ni kena 'rajin'kan diri untuk upload jugak 1 stori...hehe

memang bajet mcm ada je yang menunggu stori aku kan?...gasaklah

kali ni aku citer pasal aku try buat kuih paling simple

kuih apa?

kuih lompang...a.k.a.. kuih mangkuk cina...sebab acuan dia mcm cawan teh cina

Kuih Lompang edisi terhad...(haha terhad la sangat)



aku bukanlah penggemar tegar kuih ni...tapi sebab aku ni peminat makanan, dan kebetulan kat rumah ada satu kampit tepung beras yang masih tak terusik (beli masa nak buat kuih raya puasa hari tu..haha), so aku pun jenuh la memikir kuih apa yang aku nak buat guna tepung beras tu.

konfemlah aku akan fikir resepi yang guna bahan yang mudah aku nak selongkar kat dapur bondaku ni. pastu baru teringat kuih lompang ni...

memandangkan resepinya pun aku dapat dari cik gugel, so aku pun nak sharela pada kawan2 (kalau ada yang TERsinggah ke page aku ni)

Resepi: Kuih Lompang Gula Merah
Kredit:Ummi Jazz

Bahan A:

2 cwn tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur

Bahan B:

1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah
4 cwn air (aku guna 3 cawan je)

# semua ni bancuh sekali lepastu tapis sebab takut ada bendasing yang taksepatutnya dari gula merah tu ya...nanti potong stim je masa makan kuih ni)

Bahan C:

Kelapa parut
Garam

Cara:

1.   Bancuh tepung dgn air kapur
2.   Tuang air gula yg telah suam ke dlm tepung. Kacau rata.
3.   Didih kan air dalam kukusan.Panaskan acuan lompang kedlm kukusan
4.   Bila air dah mendidih ..tuang adunan tepung kedlm acuan lompang yg telah dipanaskan tadi.
5.   Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6.   Bila dah sejuk, boleh keluarkan dari acuan dan letak kelapa parut, yang telah digaul dengan sedikit garam, tu atas lubang kuih lompang tu. tapi kadang2 kalau aku malas, aku gaulkan terus je kuih tu dengan kelapa parut tu. dah jadi macam kuih kasuwei@kasui...


pape pun, pada yang nak try belajar buat kuih tradisi, atau yang nak menjual ke, bolehlah mencuba. serius, kuih ni memang senang dan sedap!

Wednesday, 31 July 2013

Final Exam Part 6 & Latihan Praktikum

Assalamualaikum WBT

selamat menunaikan ibadah pose untuk tahun ni ya...jangan pose yang yuk sudey...

huhuhu

12.07.2013 - tarikh keramat. ada tiga sebab kenapa aku cakap tarikh keramat.

pertama; hari ni hari terakhir aku jawab exam untuk semester ni.

kedua; exam hari ni jatuh dalam bulan pose. hari ketiga kita berpose ya.

ketiga; ini yang paling mengganggu mood aku sebenarnya. paper hari ni adalah paper aku yg betul2   dah ditahap nyawa-nyawa ikan. carrymark aku ta sampai separuh pun! memang aku pun ketaq pala lutut nak mengadap paper ni. bukan la nak cakap besar, tapi sepanjang aku menuntut ilmu di universiti, xpernah carrymark aku below half...atleast aku akan skor 75% dari carrymark

aku jawab paper ni dengan debar yang tak sudah. paper akaun pun tak sampai macam ni.

aku boleh rasa tangan aku menggeletar. sampai aku terpaksa letak pen dan tarik nafas dalam-dalam. bisik pada hati yang ketakutan aku tu hanya akan membuat aku lebih teruk.

aku tawakal je jawab. aku dah terbayang-bayang drama yang aku nak 'pentas'kan kalau aku terjerumus dalam paper ni...waaaaaa tamauuuu repeat!!!!


Done with that stupid idiot story k

Move to the new phase of my life.

ok.

1.08.2013. Hari ni aku start buat praktikal kat satu firma. tak taulah camne ghupenya keje aku nanti. harap2 aku boleh adapt la apa yang diajar oleh supervisor nanti. supaya aku tak jadi kurang ajar pulak. hahahha

tapi hari ni aku dah nak gerak g umah member aku yg akan menjadi rumah tumpangan aku untuk tempoh 6 bulan akan datang (wachaaa! aku bayar sewa gak...walaupun tumpang)

beratnya rasa ati nak melangkah pergi...tetapi apakan daya aku terpaksa... - Nurul, Kerana Terluka -

wah, tarik sendu plak

tapi memang aku tengah sendu pon..sendu sebab nak berpisah ngan katil dan tv aku. kat rumah sewa tidor ngan tilam n layan siaran tv free je yang kejap kena chicken pox, kejap kena ruam...jenuh maki je la nanti..( nauzubillah, jangan poyo sangat ler weh...demanding je tau!)

betui...walaupun tempat praktikal tu dalam setengah jam je dari rumah aku, tapi aku rasa better aku sewa bilik je sebab duit aku pon bukan banyak sangat nak membayar minyak, tol n parking tu...kalau aku ni dapat biasiswa petronas ke, bley la jugak aku berlagak sedas dua...hahahahh


Wednesday, 26 June 2013

Reincarnation??? aper tew?

reincarnation? ever heard about it?

i dont want to talk about religious issues now..

this post is regarding re-branding or should i say, rebirth of my new social network...



the reason i'm doing this is i felt so disappointing towards some people around me. i just dont want to share my personal issues/matters with someone who never care or just want to make fun with my situation.

sometimes, i just felt that;

 'do you successfully break my heart, up until i have to change all the things just to make sure that u will never 'touch' me anymore?

' do you will satisfied enough if u can't receive/send me any messages?'

' do i have to do that?'

owh!!!! to live with you, is to be struggle till the end

Final Exam...is now BEGINNNNN ahhhh

yeah...

the pressure time is coming again!

i love when the semester break is around the corner..

but what i hate about it is, i have to go through an exam before can relaxing on my holi-moly-day.

hahaha...

stupid statement by stressed student...kakakaka

 for those who may sit for your final; ALL THE BEST!!!

# sending all A's for your coming result, dear!

Monday, 1 April 2013

aku suka...aku tak suka

kadang-kadang, aku pun pelik ngan diri aku ni

ada benda aku suka buat, tapi aku tak suka orang lain buat


contoh;

aku suka bercakap...tapi aku tak suka orang yang banyak bercakap

aku suka make up...tapi aku tak suka tgk org pakai mekap tebal gilew...kalah burung belatuk

aku suka wat lawak bodo...tapi aku tak suka orang loyar buruk

aku suka buang sampah merata...tapi aku cukup pantang bila adik2 aku buang sampah merata

pelik gila?

aku pon pelik

hairan jangan cakap la

aku memang mcm ketam

hahhahah

Tuesday, 19 March 2013

Hati Menangis Lagi

bukan sekali dua aku rasa begini

hampir setiap kali sejak menjejak kaki ke sini

aku tertanya-tanya, adakah aku membuat keputusan yang salah pada masa yang salah?

ini bukan kali pertama aku belajar mengenali orang baru, suasana baru

tapi kenapa kali ni susah sangat?

seluruh alam bagaikan menghukum aku

ya, ALLAH

kenapa takdirku jadi begini?

bukan aku mahu menyesali keputusanku...jauh sekali mempersoalkan takdir yang Engkau suratkan

tapi terdayakah aku menempuhi dugaan demi dugaan yang tak pernah nampak jalan penyelesaiannya ini?

kalau dulu, Engkau lorongkan jalan yang penuh liku dengan mudah aku lalui kerana Engkau kurniakan pertolonganMu menemaniku

kenapa kini aku rasakan aku makin jauh dari nikmat bahagia?

adakah aku memang perlu sendiri dan terpinggir seperti ini?

ya, ALLAH....berikanlah kelapangan dan ketenangan untuk aku hadapi ujianMu


(T_______________________T)

Tuesday, 29 January 2013

Life Are Full With Unexpected Things!

juz imagine how life are full with unexpected things!

1st situation:

u was meeting somebody for once

without even remembered his face

2nd situation:

a few months later... u was introduced to somebody else

by coincidence...

but this time u remember the face...specifically, the eyes

for a few months, u just bumped to each other only for 2-3 times

~taking a break~

one day, u are meeting your elder friend

telling u that his son is living in the same area with u

once he turn his face, u saw a glance of person in 2nd situation

and what makes the thing become more surprise is;

the person in second situation is actually the person which u have already met in the first situation!

#ithoughtitonlyhappeninmovies#

Tuesday, 22 January 2013

A.Z.A.M

Agak melampau jugak ye aku ni...

dah masuk minggu ke-3 tahun baru, baru aku nak tulis pasal azam

hahahahha

memang sangat melampaui batasannya...

aku bukan apa, tetibe teringat sesuatu

rasanya sejak aku dah bekerja ni, aku dah jarang renew azam aku...jarang? actually, tak pernah pon

kenapa?

sebab aku rasa, azam aku tiap-tiap tahun, benda yang sama je (sungguh tak berkembang kan aku ni?)

meh kita tengok cket, apa azam aku tu ye;

1) Nak jadi hamba ALLAH yang taat pada perintahNya dan sedaya upaya menjauhi laranganNya 
( yang ini tak pernah tercapai...aku masih culas dalam solat, ada jugak buat 'dosa-dosa' yang runcit2)

2) Jadi anak yang soleh dan tak melawan cakap mak ayah 
(yang ni pon masih tak sempurna. aku masih anak yg rebelious pada sesetengah perkara yang menghalang kemahuan aku...dear, sister n brother, jangan contohi aku sbb aku pun benci diri aku bila aku melawan cakap mak ayah aku)

3) Nak kerja yang berkualiti
(kekadang aku rasa, aku dah peruntukkan seluruh jiwa raga aku pada tugas dan tanggungjawab aku sebagai pekerja, sekarang sebagai pelajar. tapi aku masih membuang masa pada benda yang tak penting. suka buat kerja last minute)

4) Nak berjalan-jalan tengok negeri orang
(yang ni memang minat aku nombor 1. setiap tahun, aku akan pastikan, dengan izin ALLAH, aku dapat berjalan melihat negeri orang. yang peliknya, aku lebih suka bercuti dalam negara je. aku tak minatlah nak ke luar negara. untuk masa ni. masa depan aku tak tahu la. selalunya aku akan bercuti ke tempat-tempat bersejarah yang aku belajar semasa sekolah dulu. rasa macam puas hati sangat kalau dapat tengok tempat-tempat tu dengan mata kepala sendiri. sekarang ni aku cuma tak pernah sampai Kota A Famosa tu je)

5) Nak kurus
(sapa tak nak kurus, beb? mak aku dah bising badan aku makin naik tahun ke tahun. umur muda tp muka dah nampak tua. oh, takkan sampai macam tu kot? tapi azam ni xdela kuat mana pon sebab aku ni pesen yang susah nak kurus jugak. dah la selera makan boleh tahan. walaupun aku tak makan dalam kuantiti yang banyak, tapi pilihan menu aku tu banyak yang berkolesterol tinggi. aku tak makan sangat benda berminyak, tp lebih suka makanan dalam bentuk tenusu, gula, air karbonat, daging)

so, inilah azam aku tiap-tiap tahun. tak pernah ada yang berubah pun. dulu masa belajar, aku suka jugak berazam untuk dapat keputusan yang cemerlang. tapi sekarang, mungkin sebab aku rasa semuanya aku dah ada, walaupun bukan dalam bentuk yang sangat mewah, tapi sekurang2nya keperluan aku sudah mencukupi. cuma hidup aku masih tak lengkap sebab masih belum ada pasangannya. mana dia eh? cepat-cepatlah datang cari aku. =p

Thursday, 17 January 2013

I Need Me

i am nobody without somebody

i am a person who r always try to appreciate all the things that comes to my life

the love
the happiness
the people

even the problems

but sometimes, i just need time & space for my own life

not because i hate u or i don't want u anymore

but i just want to understand

"why we still fail to understand each other "

Friday, 11 January 2013

Tentang Seseorang

MIMPI

Dalam penat menghadapi hari-hari yang penuh dengan ulangkaji dan final exam ni, aku rasa lelah.

bukan lelah yang sakit semput tu...

tapi lelah sebab terkejar-kejar

aku rasa performance aku tak macam dulu dah

dulu scorer...sekarang average je...kadang2 dah nak masuk corot

memalukan...

Tidur. Ubat paling mujarab. Asalkan jangan keterlaluan. (^_^)

Pagi tu, lepas Subuh aku tidur balik...

Tetiba je aku bermimpi pasal seseorang.

Seseorang yang pernah menarik perhatian aku.

Dia datang ke rumah mak ayah...bukan nak meminang okay!

hehehe..

Dia datang mengenalkan diri dengan adik beradik aku.

Tapi takde plak scene dia jumpa mak ayah.

Makan-makan sekali. Bergaul mesra. Bergaul mesra dengan adik beradik aku...bukan dengan aku ye...

Sampai aku pun tertanya-tanya, apa sebab dia datang secara tiba-tiba.

Belum sempat dia jawab, handphone aku berbunyi. Mesej masuk.

Terus mati mimpi aku.

Bukak mesej. Soalan spot untuk paper petang sat g.

entah kenapa aku yakin, spot ni boleh dipercayai. mungkin sebab spot ni keluar pada hari exam tu. ada la tu hamba ALLAH yang bocor rahsia...

aku nak tidur balik. Mana tahu dapat sambung mimpi tadi.

tak dapat nak tidur dah...aku bangun dan siap2 untuk masak BRUNCH aku...tomyam + nasi goreng

Petang tu, memang sebijik-sebijik soalan spot keluar.

Alhamdulillah, dapat jawab dengan tenang.

KAD KAHWIN

Hari ni balik rumah mak ayah.

Mak bagitahu ada kad kahwin. Dari *daerah*.

" Ntah-ntah dot dot dot punya tak? sebab mai dari sana," mak teka.

aku takdela rasa terkejut sangat. tapi kalau betul dia nak kawen, aku terimalah dengan redha. Nak buat macam mana? dah jodoh dia dengan orang lain kan?

tapi setahu aku, aku cuma menunggu satu kad je dari kenalan universiti aku.

aku masuk bilik. tengok sampul surat kad kahwin tu.

Confirm. Bukan dia. Teman U aku punya. (^_*)

Aku mengharap pada dia ke?

Entahlah.

Tuesday, 8 January 2013

Indahnya Jawapan ALLAH S.W.T

Kita meminta hanya pada ALLAH
Kita mengharap hanya pada Dia

Dia lah yang Maha Mendengar akan segala rintihan
walau sehalus manapun suara hati kita kala merintih
Dia Maha Mendengar

pada saat aku merasakan aku keseorangan dan kesepian
aku rasa kesedihan
melalui hari-hari tanpa insan tersayang
aku kuatkan hati
insyaALLAH, aku sentiasa ada ALLAH

untuk mendengar rintihanku
untuk mendengar ceritaku
untuk mengetahui suka duka yang aku lalui seorang diri

Ya ALLAH,
ampunkan hambaMu yang selalu leka ini
yang selalu cuai ini
yang selalu melukai hamba-hambaMu yang lain

Ya ALLAH
berikan aku kekuatan dan ketabahan
mengharungi ujian dunia dan akhirat Mu


Amin.


Monday, 7 January 2013

BOW-RING nya 2012!!!

SAMBUNG BELAJAR BALIK

sunyi je aku rasa sejak tahun 2012

lagi2 bila masuk belajar balik ni

payah jugak nak masuk dengan orang yang xsama umur ni

mentaliti kita lain2...

ada masa mcm hepi...tapi banyak masa rasa sepi je...

jadinya, hubungan tu lebih kaku

ntah kenapa bila sambung stdy ni, aku rasa mcm sunyi sangat

ke mana-mana pun sorang je

kalau macam ni, better aku g sambung kat Papua New Guinea je...

takde sapa kenal aku...

nak joli2 ngan kawan lain, sume bz ngan keje...

kalau diorang tak bz, aku pulak yang bz


WALIMATURUS

2012 ni buat aku rasa tertekan pulak...huhuhu

mula2 ok...tapi bila masuk bulan 11 & 12, menderu kad Walimaturus datang

semua kawan2 sebaya, dari zaman sekolah n zaman universiti aku..termasuklah kawan2 keje

aduhai, terasa gile sebab kita ni je tak hantar2 kad kawen lagi...

umur makin meningkat, mak pon dah kerap bertanya

dulu mak bagi hint2 je...tapi bila umur dah nak masuk 3 series ni, makin risau dia

mak, sape xnak kawen???

rasanya buat masa sekarang ni, lagu paling sesuai untuk aku ialah Cari Jodoh - Wali Band

memang kena sebijik-sebijik kat muka aku...




Macam Kena Blend...

pernah tak kamu rasa hati kamu remuk sangat? (xtau mcm mana keadaan 'sangat' tu sebab kita xpernah rasa remuk yg betul-betul remuk...sebab setiap kali remuk tu, itulah remuk yang sangat remuk kan? baper banyak remuk daaaaa...)

kali ni remuk bukan sebab si dia
atau sebab si dia
atau dia

hati remuk hari ni sebab xdapat nak gapai benda yang ada depan mata
padahal dah nampak
dekat sangat
cuma bagi saya masa sikit je lagi
kalau tak, mesti dah dapat

tapi itulah...

Kunfayakun...

kalau bukan rezeki kita, memang xakan dapat jugak

sekarang ni tengah pujuk hati supaya REDHA dengan ketentuan ALLAH

ada hikmah atas apa yang terjadi...