Pages

Monday, 17 December 2012

Kifarah Dosa

kita selalu salahkan orang lain bila sesuatu tu terjadi tidak sehaluan dengan apa yang kita rancangkan.
kita salahkan orang bila kita tak dapat apa yang kita nak

kita salahkan mak ayah bila cinta kita tak direstui
kita salahkan kawan kita bila dia tak ajak kita tengok wayang
kita salahkan pakwe kita bila dia lupa tarikh besday kita
kita marah ALLAH sebab tak pernah tunaikan apa yang kita doakan

tapi pernahkan kita muhasabah diri kita, adakah setiap kesalahan itu adalah kerana salah orang lain?
terlalu sempurnakah kita untuk tidak membuat salah?

mari kita sama-sama fikirkan [sebenarnya nak pujuk hati yang tengah marah ni...(-____-)]

orang tua kita lebih dulu makan garam dari kita. diorang dah jumpa macam2 jenis orang. jadi skali dia tengok kelaku teman kita, dia dah tahu org tu baik atau tidak untuk kita. percayalah, kata-kata mak ayah kita tu betul dan untuk kebaikan kita sendiri. cuma kita ni yang suka mmberontak bila kemahuan tak dipenuhi. sebab tu la selalu je jadi masalah rumahtangga bagi perhubungan yang tak direstui emak ayah. kalau yang bahagia tu, cuma baper kerat je...satu dalam seratus kot?

kawan tak ajak kita tengok wayang sama-sama. opkoz, sentap! tapi cuba kita tengok dari sudut positif. kita tak tengok wayang, kita tak buang duit. tiket wayang je pon dah berapa hengget. silap2 melayang jugak dua keping not merah yang boleh guna buat makan 4 kali. tak payah tengok wayang, tak payah buang masa bersiap bagai nak rak. duit minyak, duit tol, duit parking...semua kena bawak keluar tu..seronoknya cuma 3 jam.

ketahuilah, bukan satu dosa besar pun kalau pakwe kita lupa tarikh besday kita. lain lah kita ni anak raja ke, even tarikh besday PM pon kita tak ingat, apatah lagi tarikh manusia MARHAEN macam kita ni...apa guna dia ingat besday kita time kapel ja? kalau dah beranak pinak tarikh nikah pon boleh lupa...bini pon cari lain..tak ke haru? terimalah pasangan kita seadanya. sudah lumrah kaum adam tu susah bebenor nak ngingat, maka bonuslah pada sesiapa yang mendapat pasangan yang romantika d amour tu...bagi aku, cukuplah dia lelaki yang mampu menjadi pembimbing, pelindung dan pemberi kasih sayang untuk aku dan keluarga, dia sudah memadai kerana aku juga tak mampu bagi dia intan permata berkoyan-koyan...haha

yang akhir ni yang paling BAHAYA...tengok, dah siap taip ngan warna merah lagi...kita marah dengan Tuhan yang menciptakan kita kerana DIA tidak mengkabulkan doa kita. kita kecewa, kita marah..kita tak mahu berdoa lagi...nauzubillah!

ALLAH S.W.T menurunkan bencana sebagai ujian
ALLAH SWT menurunkan kesusahan sebagai ujian

ALLAH SWT juga menurunkan bahagia sebagai ujian
ALLAH SWT juga menurunkan kesusahan sebagai ujian

percayalah..dan yakinlah bahawa ALLAH SWT tidak akan mensia-siakan usaha setiap hambaNYA

kadang2 ALLAH menguji sebab DIA nak tengok macam mana kita meminta pada DIA
ni tidak, susah cket, jumpa bomoh..dukun...pawang...ah long
eh, tahu tak, antara kita dengan ALLAH, xde hijab lansung untuk mohon doa....direct ja
takde malaikat nak tahan-tahan doa kita tu...depa xmain la birokrasi, kroni moni ni

 kadang2 ada jugak org cerdik pandai cakap, kesusahan kita tu sebab nak kifarah dosa. sekarang ni tak tunggu akhirat dah. di dunia pon, kalau dah ALLAH nak balas, DIA balas je. orang kata, ALLAH bayar CASH.

so perati-perati la kalau kita ni ada buat salah ngan orang. mungkin apa yang kita hadapi sekarang ni adalah pembalasan ALLAH pada kita atas dosa kita pada makhluk lain. wallahualam.

2 comments:

  1. jaga-jaga...ada yg memeghati...

    ReplyDelete
  2. haha...yeahh...wat leklok cket...takot anda di 'snap' hahahah

    ReplyDelete