Pages

Monday, 17 December 2012

Kifarah Dosa

kita selalu salahkan orang lain bila sesuatu tu terjadi tidak sehaluan dengan apa yang kita rancangkan.
kita salahkan orang bila kita tak dapat apa yang kita nak

kita salahkan mak ayah bila cinta kita tak direstui
kita salahkan kawan kita bila dia tak ajak kita tengok wayang
kita salahkan pakwe kita bila dia lupa tarikh besday kita
kita marah ALLAH sebab tak pernah tunaikan apa yang kita doakan

tapi pernahkan kita muhasabah diri kita, adakah setiap kesalahan itu adalah kerana salah orang lain?
terlalu sempurnakah kita untuk tidak membuat salah?

mari kita sama-sama fikirkan [sebenarnya nak pujuk hati yang tengah marah ni...(-____-)]

orang tua kita lebih dulu makan garam dari kita. diorang dah jumpa macam2 jenis orang. jadi skali dia tengok kelaku teman kita, dia dah tahu org tu baik atau tidak untuk kita. percayalah, kata-kata mak ayah kita tu betul dan untuk kebaikan kita sendiri. cuma kita ni yang suka mmberontak bila kemahuan tak dipenuhi. sebab tu la selalu je jadi masalah rumahtangga bagi perhubungan yang tak direstui emak ayah. kalau yang bahagia tu, cuma baper kerat je...satu dalam seratus kot?

kawan tak ajak kita tengok wayang sama-sama. opkoz, sentap! tapi cuba kita tengok dari sudut positif. kita tak tengok wayang, kita tak buang duit. tiket wayang je pon dah berapa hengget. silap2 melayang jugak dua keping not merah yang boleh guna buat makan 4 kali. tak payah tengok wayang, tak payah buang masa bersiap bagai nak rak. duit minyak, duit tol, duit parking...semua kena bawak keluar tu..seronoknya cuma 3 jam.

ketahuilah, bukan satu dosa besar pun kalau pakwe kita lupa tarikh besday kita. lain lah kita ni anak raja ke, even tarikh besday PM pon kita tak ingat, apatah lagi tarikh manusia MARHAEN macam kita ni...apa guna dia ingat besday kita time kapel ja? kalau dah beranak pinak tarikh nikah pon boleh lupa...bini pon cari lain..tak ke haru? terimalah pasangan kita seadanya. sudah lumrah kaum adam tu susah bebenor nak ngingat, maka bonuslah pada sesiapa yang mendapat pasangan yang romantika d amour tu...bagi aku, cukuplah dia lelaki yang mampu menjadi pembimbing, pelindung dan pemberi kasih sayang untuk aku dan keluarga, dia sudah memadai kerana aku juga tak mampu bagi dia intan permata berkoyan-koyan...haha

yang akhir ni yang paling BAHAYA...tengok, dah siap taip ngan warna merah lagi...kita marah dengan Tuhan yang menciptakan kita kerana DIA tidak mengkabulkan doa kita. kita kecewa, kita marah..kita tak mahu berdoa lagi...nauzubillah!

ALLAH S.W.T menurunkan bencana sebagai ujian
ALLAH SWT menurunkan kesusahan sebagai ujian

ALLAH SWT juga menurunkan bahagia sebagai ujian
ALLAH SWT juga menurunkan kesusahan sebagai ujian

percayalah..dan yakinlah bahawa ALLAH SWT tidak akan mensia-siakan usaha setiap hambaNYA

kadang2 ALLAH menguji sebab DIA nak tengok macam mana kita meminta pada DIA
ni tidak, susah cket, jumpa bomoh..dukun...pawang...ah long
eh, tahu tak, antara kita dengan ALLAH, xde hijab lansung untuk mohon doa....direct ja
takde malaikat nak tahan-tahan doa kita tu...depa xmain la birokrasi, kroni moni ni

 kadang2 ada jugak org cerdik pandai cakap, kesusahan kita tu sebab nak kifarah dosa. sekarang ni tak tunggu akhirat dah. di dunia pon, kalau dah ALLAH nak balas, DIA balas je. orang kata, ALLAH bayar CASH.

so perati-perati la kalau kita ni ada buat salah ngan orang. mungkin apa yang kita hadapi sekarang ni adalah pembalasan ALLAH pada kita atas dosa kita pada makhluk lain. wallahualam.

Friday, 14 December 2012

Memori Lama Menggamit Hati

Tahun 2012 sudah tiba ke penghujung

10 tahun lalu
aku masih di bangku sekolah menengah

sebuah sekolah kampung
macam yang selalu aku impikan masa kecik2 dulu
naik basikal ke sekolah
berganding dengan kawan-kawan
hijau pokok getah
dingin bayu pagi
semuanya nyaman dan aman sekali

sekolah ini meninggalkan terlalu banyak catatan indah untuk dilupakan
sekolah ini mengajar aku erti persahabatan antara anak remaja
persahabatan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata

di sini aku mengenali 'dia'
cinta pertama yang benar-benar cinta

aku yang jatuh tanpa sedar
dia yang dicintai
pejam celik pejam celik...sudah 10 tahun perasaan itu untuk dia

melewati dua musim indah di penghujung zaman persekolahan
perasaan yang ada hanya terpendam

kadang2 aku rasa antara kami
macam langit dengan bumi
macam air dengan minyak
macam yahoo dengan google
tak akan pernah bersatu

kadang2 aku rasa antara aku dan dia bagai ada chemistry nya
biarpun berbeza, kami saling melengkapi
dia barat, aku timur
dia sains, aku sastera
dia serius, aku loyar buruk

tapi kenapa sampai saat ini kami masih dengan hidup sendiri?
tak akan terbuka kah bahagia untuk kami?
apakah suatu hari nanti kami menjadi 'pasangan' yang saling berpimpinan menuju jannah?
ingin sekali aku mencuri rahsia 'masa depan' antara aku dan dia

sampai saat ini, aku merasakan hanya dia sahaja yang mampu mengocak perasaan untuk aku menyintai insan bergelar kekasih

semoga ada jawapan untuk penantian yang bukan mudah ini

Kamu Yang Hilang

Pada satu saat
ketika aku...
benar2 merasakan kamu adalah yang terbaik
untuk ku sandarkan harapan,
kamu menjadi 'orang lain'
yang tidak pernah berkongsi segala cerita bersamaku

kamu membawa diri menjauhi aku
menafikan kehadiranku di sisimu

kamu lebih rela untuk menjauhi dan melupakanku
dari mendekati dan menggembirakan diri masing2

sesungguhnya aku jadi rindu pada cerita dan gelak tawa antara kita
kerana di situ aku rasa ada kejujuran dan kebahagiaan
kerana kita ikhlas terhadap diri masing-masing

kini, aku terkilan
moga kamu tidak akan bertanya lagi
kemana 'aku' menghilang..

kerana aku bukan hilang
aku cuma 'terbuang' dari hidup kamu

semoga kita mampu mencari bahagia yg lebih bahagia