Pages

Sunday, 13 April 2014

Laksa Kedah...Cara Paling Mudah!

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ni Cik Ngah nak share satu resepi yang memang dari Cik Ngah kenal makanan, Cik Ngah dah jatuh chenta...iaitu Laksa Kedah.

Dulu, mak Cik Ngah akan buat dua jenis kuah. Satu yang ada cili-warna merah, satu yang original kuah - warna kelabu. Pilihan Cik Ngah? Mestilah yang ori! Hehehe...Cik Ngah tak makan pedas...sekarang je baru belajar makan pedas sikit-sikit.


Ni adalah bahan-bahan untuk buat kuah laksa... Belacan, serbuk lada dan bawang di blend.
Kalau dulu, mak Cik Ngah yang akan masakkan laksa kalau anak-anak mintak. Tapi sejak Cik Ngah dah boleh diharap untuk masak laksa, memang Cik Ngah la yang akan menjadi 'bibik' kalau nak masak.

Tapi dalam rumah Cik Ngah, Cik Ngah je yang jadi 'hantoo laksa' ni. Mak, ayah dan adik beradik lain takdelah beria sangat. Kalau Cik Ngah, boleh kata sekurang-kurangnya seminggu sekali mesti nak makan Laksa Kedah ni. Tak kisahla buat atau beli.

First time guna jenama Eka pesen ni...rendam dulu, lagi baik kalau semalaman. Lepas tu baru rebus, senang nak empuk

Dulu, kat rumah Cik Ngah, laksa cuma dimasak waktu raya je. Mungkin sebab kerjanya renyah sikit. Nak rebus laksa, nak rebus ikan, nak rebus cili kering dan nak perisi ikan. Memang bukan kerja mudahlah. Cik Ngah dulu pun kuatkan semangat je sebab dah suka sangat makan laksa ni. 

Tapi bila dah dua tiga kali buat, Cik Ngah rasa takdelah susah sangat nak buat semua tu.Cuma bab nak merebus laksa tu Cik Ngah memang tak suka. Mujur mak Cik Ngah selalu tolong bila sampai bab tu. Hehe...
Telur tunggu nak kupas kulit...sekali makan kena belah dua baru best!

Selalunya, untuk jimatkkan masa, Cik Ngah akan rebus telur sekali dengan laksa. Lebih kurang macam sambil menyelam, minum air lah. Tapi jangan sampai laksa masak baru nak angkat telur-telur tu, nanti pecah kulit telur tu.


Masukkan bahan-bahan yang dah diblend, bunga kantan, daun kesum dan asam keping sekaligus


Saja Cik Ngah cuba blend cili padi dan tambah kicap sebab ada sesetengah orang di utara ni makan laksa dengan kicap


Laksa Kedah ala Cik Ngah
Sumber : Pusaka Turun Temurun

Bahan A

3 paket laksa beras 

Laksa direbus sampai empuk. Selalunya, Cik Ngah akan rendam laksa malam sebelum nak masak laksa. Bila dah rendam semalaman, laksa yang direbus cepat sedikit untuk direbus.

Bahan B

1-1.5 kg ikan kembung/sardin (kalau nak pekat lagi, boleh campur sekor ikan tongkol saiz sederhana)

Rebus dan diasingkan isi dengan tulang. Kisar isi ikan dan ketepikan. Kisar tulang-tulang ikan dan tapis untuk ambil air sahaja. Tapis tulang ikan sehingga tiada isi ikan di tulang-tulang. Air tulang ikan ini satukan dengan isi ikan yang telah dikisar.

Bahan C
3-4 labu bawang besar
4 sudu serbuk cili (boleh ganti dengan dua genggam cili kering)
1 inci belacan

Kisar sehingga menjadi pes.

Bahan D

Bunga Kantan
Asam Keping
Daun Kesum

Bahan-bahan ni adalah fleksibel. Lagi banyak letak, lagi wangi la kuah laksa korang. 

Cara-caranya:

Satukan bahan B, C dan D dalam satu periuk. Masak atas dapur hingga mendidih. Masukkan garam dan perasa secukupnya mengikut selera.
Antara rencah yang selalu Cik Ngah guna untuk laksa

Ni laksa simple yang Cik Ngah buat masa malam...info dari antoo laksa: laksa  TAK best kalau buat waktu malam...
Laksa buat waktu siang. Sluuurrpppppp....sedap!
Selamat Mencuba!

Tart Gulung si buah hati

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni Cik Ngah nak kongsi satu cerita pasal salah satu kuih raya yang cik ngah sukaaaaa sangat!

Dulu, masa kecik-kecik, Cik Ngah tak suka kuih ni....sebab Cik Ngah tak suka makan jem dan kuih ni rasa tepung kot??? Hahahha... 

Cik Ngah lagi suka makan mazola sebab rasa kacang dan itu adalah kuih yang mak Cik Ngah suka buat.

Kuih yang Cik Ngah suka ni, kuih Tat Gulung Nenas. Tat gulung yang lain, Cik Ngah tak berapa sangat.



Ni biskut yang Cik Ngah buat sempena cuti Hari Deepavali baru-baru ni

Cik Ngah mula jatuh chenta ngan tat gulung ni masa cik ngah masih belajar di u di tahun kedua. Kebetulan masa tu nak raya haji. Cik Ngah ni tumpanglah sorang kawan nak balik kampung. 

Dari kampus, kami singgah kejap kat rumah mak sedara kawan cik ngah ni. Sempatlah dijamu makan Tat Gulung dan Almond London hasil tangan mak sedara kawan sambil sembang-sembang. Masa ni lah kali pertama Cik Ngah makan kuih tat ni. rasanya...ya ampunnnn...sedap sungguh! Terus Cik Ngah beli sebalang (masa tu student, fikir untuk diri sendiri je...bukan nak beli untuk jamu orang..haha).

Bila balik rumah, mak pun takut nak sentuh kuih tu lebih-lebih sebab nampak sangat Cik Ngah suka sangat nak makan. (hahaha...teruk kan?) dah habis sebalang tu, Cik Ngah siap order kat kawan Cik Ngah tu, nanti tolong bawak lagi sebalang bila balik kolej nanti.



Ini stok untuk dibawa ke rumah sewa

 Masa final year, tetiba Cik Ngah teringin nak buat sendiri tat gulung ni. Jadi, Cik Ngah tanyakan kat seorang lagi member baik Cik Ngah kalau-kalau dia ada resepi tat gulung yang senang dan konfem jadi kalau dibuat. kawan Cik Ngah pun suruh cik ngah buka satu website ni. Katanya, kakak-kakak dia semua ikut resepi ni.

cik ngah pun bersemangatlah nak membuatnya. balik cuti, terus beli bahan-bahan. Alhamdulillah, percubaan pertama cik ngah berjaya. Puas sungguh dapat buat sendiri. Cik Ngah pun sempatlah simpan sebalang untuk dibawa balik ke kampus. Cik Ngah makan sekali sebiji je selepas makan tengahari/malam...dah macam makan ubat pulak. Hahaha...sekali, kawan baik Cik Ngah yang seorang lagi (bukan yang bagi resepi) datang bili Cik Ngah dan makan tat gulung tu macam makan biskut cap Ping Pong kekdahnya...

Sebalang memang tak cukup la...huhu

Bila Cik Ngah dah mula kerja, Cik Ngah order je kuih ni dari teman sekerja sebab Cik Ngah dah malas sangat nak menunggu depan oven tu. Lagipun bagi Cik Ngah, bila nak buat biskut atau kek, mental dan jiwa kita kena dalam keadaan sedia dan 100% nak buat. Kalau tak, memang tak jadi la biskut/kek dalam rupa dan rasa yang kita harapkan.

Apa-apapun, pada sesiapa yang mahu mencuba resepi tat gulung yang dah dekat sepuluh tahun Cik Ngah guna, ini Cik Ngah kongsikan untuk kawan-kawan pembaca. Cuba tau!

Tat Gulung Nenas
Sumber :  Hanieliza

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepung gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara. 

# kalau adunan sedikit lembut, boleh tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang cantik bila dipaip.

Friday, 1 November 2013

Kuih Lompang...Paling Simple!

Assalamualaikum

Hari ni kena 'rajin'kan diri untuk upload jugak 1 stori...hehe

memang bajet mcm ada je yang menunggu stori aku kan?...gasaklah

kali ni aku citer pasal aku try buat kuih paling simple

kuih apa?

kuih lompang...a.k.a.. kuih mangkuk cina...sebab acuan dia mcm cawan teh cina

Kuih Lompang edisi terhad...(haha terhad la sangat)



aku bukanlah penggemar tegar kuih ni...tapi sebab aku ni peminat makanan, dan kebetulan kat rumah ada satu kampit tepung beras yang masih tak terusik (beli masa nak buat kuih raya puasa hari tu..haha), so aku pun jenuh la memikir kuih apa yang aku nak buat guna tepung beras tu.

konfemlah aku akan fikir resepi yang guna bahan yang mudah aku nak selongkar kat dapur bondaku ni. pastu baru teringat kuih lompang ni...

memandangkan resepinya pun aku dapat dari cik gugel, so aku pun nak sharela pada kawan2 (kalau ada yang TERsinggah ke page aku ni)

Resepi: Kuih Lompang Gula Merah
Kredit:Ummi Jazz

Bahan A:

2 cwn tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur

Bahan B:

1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah
4 cwn air (aku guna 3 cawan je)

# semua ni bancuh sekali lepastu tapis sebab takut ada bendasing yang taksepatutnya dari gula merah tu ya...nanti potong stim je masa makan kuih ni)

Bahan C:

Kelapa parut
Garam

Cara:

1.   Bancuh tepung dgn air kapur
2.   Tuang air gula yg telah suam ke dlm tepung. Kacau rata.
3.   Didih kan air dalam kukusan.Panaskan acuan lompang kedlm kukusan
4.   Bila air dah mendidih ..tuang adunan tepung kedlm acuan lompang yg telah dipanaskan tadi.
5.   Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6.   Bila dah sejuk, boleh keluarkan dari acuan dan letak kelapa parut, yang telah digaul dengan sedikit garam, tu atas lubang kuih lompang tu. tapi kadang2 kalau aku malas, aku gaulkan terus je kuih tu dengan kelapa parut tu. dah jadi macam kuih kasuwei@kasui...


pape pun, pada yang nak try belajar buat kuih tradisi, atau yang nak menjual ke, bolehlah mencuba. serius, kuih ni memang senang dan sedap!

Wednesday, 31 July 2013

Final Exam Part 6 & Latihan Praktikum

Assalamualaikum WBT

selamat menunaikan ibadah pose untuk tahun ni ya...jangan pose yang yuk sudey...

huhuhu

12.07.2013 - tarikh keramat. ada tiga sebab kenapa aku cakap tarikh keramat.

pertama; hari ni hari terakhir aku jawab exam untuk semester ni.

kedua; exam hari ni jatuh dalam bulan pose. hari ketiga kita berpose ya.

ketiga; ini yang paling mengganggu mood aku sebenarnya. paper hari ni adalah paper aku yg betul2   dah ditahap nyawa-nyawa ikan. carrymark aku ta sampai separuh pun! memang aku pun ketaq pala lutut nak mengadap paper ni. bukan la nak cakap besar, tapi sepanjang aku menuntut ilmu di universiti, xpernah carrymark aku below half...atleast aku akan skor 75% dari carrymark

aku jawab paper ni dengan debar yang tak sudah. paper akaun pun tak sampai macam ni.

aku boleh rasa tangan aku menggeletar. sampai aku terpaksa letak pen dan tarik nafas dalam-dalam. bisik pada hati yang ketakutan aku tu hanya akan membuat aku lebih teruk.

aku tawakal je jawab. aku dah terbayang-bayang drama yang aku nak 'pentas'kan kalau aku terjerumus dalam paper ni...waaaaaa tamauuuu repeat!!!!


Done with that stupid idiot story k

Move to the new phase of my life.

ok.

1.08.2013. Hari ni aku start buat praktikal kat satu firma. tak taulah camne ghupenya keje aku nanti. harap2 aku boleh adapt la apa yang diajar oleh supervisor nanti. supaya aku tak jadi kurang ajar pulak. hahahha

tapi hari ni aku dah nak gerak g umah member aku yg akan menjadi rumah tumpangan aku untuk tempoh 6 bulan akan datang (wachaaa! aku bayar sewa gak...walaupun tumpang)

beratnya rasa ati nak melangkah pergi...tetapi apakan daya aku terpaksa... - Nurul, Kerana Terluka -

wah, tarik sendu plak

tapi memang aku tengah sendu pon..sendu sebab nak berpisah ngan katil dan tv aku. kat rumah sewa tidor ngan tilam n layan siaran tv free je yang kejap kena chicken pox, kejap kena ruam...jenuh maki je la nanti..( nauzubillah, jangan poyo sangat ler weh...demanding je tau!)

betui...walaupun tempat praktikal tu dalam setengah jam je dari rumah aku, tapi aku rasa better aku sewa bilik je sebab duit aku pon bukan banyak sangat nak membayar minyak, tol n parking tu...kalau aku ni dapat biasiswa petronas ke, bley la jugak aku berlagak sedas dua...hahahahh


Wednesday, 26 June 2013

Reincarnation??? aper tew?

reincarnation? ever heard about it?

i dont want to talk about religious issues now..

this post is regarding re-branding or should i say, rebirth of my new social network...



the reason i'm doing this is i felt so disappointing towards some people around me. i just dont want to share my personal issues/matters with someone who never care or just want to make fun with my situation.

sometimes, i just felt that;

 'do you successfully break my heart, up until i have to change all the things just to make sure that u will never 'touch' me anymore?

' do you will satisfied enough if u can't receive/send me any messages?'

' do i have to do that?'

owh!!!! to live with you, is to be struggle till the end

Final Exam...is now BEGINNNNN ahhhh

yeah...

the pressure time is coming again!

i love when the semester break is around the corner..

but what i hate about it is, i have to go through an exam before can relaxing on my holi-moly-day.

hahaha...

stupid statement by stressed student...kakakaka

 for those who may sit for your final; ALL THE BEST!!!

# sending all A's for your coming result, dear!

Monday, 1 April 2013

aku suka...aku tak suka

kadang-kadang, aku pun pelik ngan diri aku ni

ada benda aku suka buat, tapi aku tak suka orang lain buat


contoh;

aku suka bercakap...tapi aku tak suka orang yang banyak bercakap

aku suka make up...tapi aku tak suka tgk org pakai mekap tebal gilew...kalah burung belatuk

aku suka wat lawak bodo...tapi aku tak suka orang loyar buruk

aku suka buang sampah merata...tapi aku cukup pantang bila adik2 aku buang sampah merata

pelik gila?

aku pon pelik

hairan jangan cakap la

aku memang mcm ketam

hahhahah